Pencetus alahan

Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang melalui mekanisme sistem imun. Walaupun alahan jarang meragut nyawa, kesannya akan mengganggu kualiti hidup pesakit termasuk gejala fizikal dan tekanan emosi yang serius. 

Untuk mendapat alahan, pesakit perlu terdedah kepada alergen (bahan yang tidak merbahaya) yang menyebabkan tindak balas imun. Sistem imun terdiri daripada dua jenis sel darah putih iaitu T dan B. Ia membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenalpasti bahan asing. 

Sebarang elemen berbahaya yang dikesan akan merangsang sistem pertahanan tubuh (mast cell) untuk melepaskan bahan kimia seperti histamines untuk memeranginya. Apabila sistem imun tersilap mengenalpasti elemen berbahaya, alahan akan berlaku terutama apabila berulang kali terdedah kepada bahan tertentu. 

Gangguan alahan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk termasuk gangguan hidung dan sinus kepada alahan kulit, lelah dan makanan. Gejala-gejalanya juga berbeza dari ketidakselesaan ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal) kepada gejala yang lebih berat (sesak nafas, ruam, tindak balas alahan melampau atau anafilaktik). 

Memandangkan alahan adalah permulaan masalah yang lebih serius, ia perlu dibendung dan dicegah seawal mungkin. Sekiranya individu alah kepada habuk, hama atau debu, langkah kawalan dan pencegahan awal boleh diambil dengan mengelaknya. Ini kerana lebih awal alahan bermula lebih lama ia akan dihidapi.

  • Pencetus alahan

    Pencetus alahan Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang …
  • Alahan bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan

    Perubahan aktiviti. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.
  • Memahami alahan

    Memahami alahan Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan …
  • Penyakit Resdung – Risiko jangkitan otak

    Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
  • Resdung – Dapatkan rawatan segera

    Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan …
  • Serangan resdung

    Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran …
  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *