7 Cara Mengatasi Radang Tonsil

Ada beberapa kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tonsilitis. Antaranya:

Tanpa rawatan – Pilihan untuk jangkitan tonsil yang ringan dan akan sembuh dalam beberapa ketika.

1. Minum air dengan banyak – Memang sukar untuk menelan jika mengalami masalah bengkak tonsil yang agak serius. Namun, air yang banyak amat membantu tubuh untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Lebih-lebih lagi apabila mengalami demam pada suhu tinggi. Kekurangan air akan menyebabkan tubuh mengalami kehilangan air, sakit kepala, keletihan dan simptom-simptom lain yang lebih buruk.

2. Penggunaan ubat paracetamol atau ibuprofen – Digunakan untuk meredakan kesakitan, sakit kepala dan demam. Mudah didapati di farmasi atau klinik kesihatan tetapi memerlukan nasihat dan preskripsi doktor sebelum penggunaan.

3. Guna ubat kumur, lozenge atau spray tekak – Juga mudah didapati di farmasi dan berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan tekak akibat simptom atau kesan tonsilitis.

4. Antibiotik – Antibiotik hanya sesuai digunakan untuk membunuh bakteria penyebab jangkitan tonsilitis. Ia tidak berkesan terhadap jangkitan melibatkan virus. Pengunaanya memerlukan nasihat dan pemerhatian doktor kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit perut dan sebaganya.

Biasanya antibiotik diberi jika tanda-tanda jangkitan semakin kronik, tonsilitis lambat sembuh walaupun setelah beberapa hari atau pesakit mengalami masalah imun sistem yang lemah.

5. Pembedahan tonsil (tonsillectomy) – Ia diambil sebagai jalan akhir jika tonsilitis berlaku pembengkakan serius, menutup saluran pernafasan, bernanah yang banyak atau berlaku dengan kerap berulangan sepanjang tahun.

6. Kaedah rawatan alternatif – Terdapat banyak kaedah rawatan alternatif untuk membantu mencegah tonsilitis daripada menjadi semakin serius terutamanya pada peringkat awal atau mengawal simptom-simptom ringannya. Penggunaan herba atau bahan-bahan semulajadi seperti BioVCO, madu, garam, bawang putih, limau, kunyit, halba dan sebagainya boleh dijadikan sebagai penawar.

7. BioVCO Merawat Tonsil

BioVCO adalah sokongan nutrisi semulajadi untuk masalah kesihatan termasuk penghidap Tonsil. Dihasilkan sesuai untuk penderita tonsil.

BioVCO adalah makanan semulajadi yang terbaik. Anda mesti mencubanya sendiri dan rasakan perbezaan dan keberkesanannya. Tiada kesan sampingan terhadap pengguna untuk jangka pendek atau jangka panjang. Sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga warga emas termasuk wanita hamil dan menyusukan anak.

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *