Jangan biarkan jika anda mengalami Resdung !

Salah satu punca penyakit resdung ialah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria. 

Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Anda mungkin mempunyai Masalah Resdung apabila anda mengalami tanda-tanda atau masalah seperti :

  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Nafas berbau
  • Sering mengalami hidung tersumbat


Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi dan gatal hidung. Jika anda mengalami mana-mana simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. 

Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Baca juga :

  • Penyakit Resdung atau Sinusitis

    Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdungadalah akibat jangkitan bakteria.
  • Penyakit Resdung

    Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk … Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan …
  • Penyakit Resdung – Risiko jangkitan otak

    sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa …
  • Resdung | Penawar Resdung semulajadi

    Khasiat minyak kelapa dara, sihat dengan minyak kelapa dara, rawatan Minyak Kelapa Dara dan atasi masalah kesihatan dengan minyak kelapa dara untuk …





  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *