Bukan semua kolesterol jahat
Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi.
Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati.
Molekul kolesterol pula diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein.
Secara umumnya, terdapat dua jenis kolesterol utama iaitu jenis ‘jahat’, low density lipoprotein (LDL) yang berkecenderungan melekat pada saluran darah sekali gus menyebabkannya tersumbat.
High density lipoprotein atau lebih dikenali sebagai kolesterol baik pula dapat mencegah penyempitan saluran darah menuju ke jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol di kawasan berkenaan.
Kolesterol LDL berkait rapat dengan pertambahan risiko seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan angin ahmar yang boleh membawa maut.
BioVCO.com
Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, …