Penyakit kulit psoriasis

PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit yang menjejaskan dua hingga tiga peratus populasi manusia di seluruh dunia.

Seseorang yang menghidap psoriasis menunjukkan tanda-tanda seperti beberapa tompok kemerah-merahan serta bersisik putih berwarna perak selain mempunyai kulit kepala yang mengelupas persis kelemumur.

Jika keadaan ini dibiarkan lama tanpa rawatan, kemungkinan ia merebak ke bahagian dahi, leher atau di belakang telinga adalah tinggi.

Di Malaysia sahaja, ia menyerang satu hingga dua peratus daripada jumlah populasi rakyat negara ini.

Begitupun, pengamal perubatan masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar psoriasis kulit kepala, tetapi ia dikaitkan dengan genetik. Ia juga boleh berlaku kerana perubahan musim, kecederaan pada kulit, stres, alahan pada sesetengah ubat, alkohol dan tabiat merokok.

Walaupun ia tidak berjangkit, ia cukup membuatkan seseorang itu terganggu dengan simptom-simptom seperti pengelupasan berlebihan yang sering disalah anggap sebagai kelemumur teruk oleh sesetengah pesakit.

Pada masa yang sama, ia menyebabkan kegatalan kulit kepala hingga menyebabkan seseorang itu berasa malu seterusnya mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami psoriasis kulit kepala lebih gemar bersendirian yang akhirnya menyebabkan kemurungan. Lebih teruk, sesetengah pesakit psoriasis mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Psoriasis kulit kepala merupakan penyakit kronik tetapi ia boleh dirawat dengan rawatan perubatan efektif.

  • Psoriasis penyakit kulit bersisik

    Psoriasis penyakit kulit bersisik JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.
  • Ekzima dan Psoriasis | Penyakit Ekzima Psoriasis

    Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima …
  • Info Kesihatan – Penyakit thyroid

    Suami sya ada psoriasis ..boleh kah dy menguna kan vco ne..Dan boleh … InsyaAllah saya ada terjumpa penawar utk Psoriasis dlm bentuk kapsul. H-Tonic …
  • Tekanan darah tinggi

    Suami sya ada psoriasis ..boleh kah dy menguna kan vco ne..Dan boleh … InsyaAllah saya ada terjumpa penawar utk Psoriasis dlm bentuk kapsul. H-Tonic …
  • PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit 

    PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit yang menjejaskan dua hingga tiga peratus populasi manusia di seluruh dunia. Separuh daripada dua pertiga…
  • psoriasis Kulit Bersisik

    APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang …
  • Penyakit Kulit Psoriasis ~ Info Kesihatan

    19 Ogo 2014 – tampil cantik dan yakin dengan biovco >+$7. Mengurangkan gejalapsoriasis,eksim dan dermatitis 8. Mengatasi masalah bibir kering dan .
  • Tampil cantik dan yakin dengan BIOVCO

    8 Mac 2014 – tampil cantik dan yakin dengan biovco >+$7. Mengurangkan gejalapsoriasis,eksim dan dermatitis 8. Mengatasi masalah bibir kering dan …
  •  Pembelian produk BioVCo

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *