Elak serangan jantung
Kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut. Sakit jantung kini tidak lagi berperangai ala-ala gadis sunti yang malu-malu seperti mana pernah dipertontonkan dahulu.
Ia bukan lagi penyakit pak cik, mak cik. Bukan juga ia menyerang orang kaya sahaja. Sila buang tanggapan anda bahawa ia jarang-jarang membunuh seperti tabiatnya sebelum ini.
Penyakit ini semakin rakus menyerang golongan muda. Pakar Perunding Kardiologi, Dr. Azmee Ghazi memberitahu, rata-rata masyarakat termasuk golongan muda mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk merokok.
Pesakit tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat. Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana menganggap tidak mungkin diserang sakit jantung sebab umur masih muda.
Justeru, Dr. Azmee menasihatkan orang ramai supaya menjalani gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.
Jumlah tersebut menjadikan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.
Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.
Penyakit jantung tak kenal usia
Antara penyakit jantung adalah kardiovaskular merujuk masalah jantung dan saluran darah apabila kedua-duanya gagal berfungsi dengan baik. Jantung …
Penyakit Jantung Bukan lagi penyakit orang tua
Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit …
Elak serangan jantung | Penyakit Jantung
Jumlah tersebut menjadikan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 …
Injap jantung bocor
penyakit jantung reumatik jangkitan endocarditis – jangkitan kuman pada injappenyakit jantung koronari jantung bengkak. Simptom akibat masalah ini:
Lima tanda sakit jantung
Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun- tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit …
Penyakit Diabetes
RAMAI tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetes atau penyakit kencing manis pula adalah penyakit yang sangat …
penyakit jantung
Bagaimana penyakit jantung koronari dan serangan jantung berlaku dan juga gejalapenyakit yang merbahaya ini.
Penyakit gusi menular ke jantung
Penyakit jantung. Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung. Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh ..