5 Amalan Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, langkah permulaan untuk menanganinya perlu dilakukan agar tekanan darah tinggi dapat diturunkan, cuba amalkan tip-tip berikut:

[1] Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Mengurangkan berat 3kg pun sudah memberikan kesan yang ketara didalam kehidupan anda.

[2] Bersenamlah dengan kosisten. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3 kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga membantu mengurangkan berat badan.

[3] Kurangkan pengambilan garam. Garam umpama pasir yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 sudu teh garam mengandungi 2.3g!

[4] Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

[5] Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai stres kronik, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

  • Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi

    Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi APABILA jantung anda mengepam darahmenerusi pembuluh nadi maka dengan irama denyutan biasa yang kita dapat …
  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi 

    Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan …
  • Tekanan darah tinggi

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak …
  • Kawal tekanan darah tinggi

    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
  • Darah tinggi Membunuh secara senyap

    TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi …
  • Tekanan Darah tinggi pembunuh senyap

    SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi diabaikan ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala menakutkan yang dapat dilihat …
  • Rawatan pilihan tekanan darah tinggi

    MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi …
  • Darah Tinggi – Sekali ubat diambil, ia adalah

    Hasil kajian mengenai darah tinggi yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu … “Bacaan normal untuk tekanan darah tinggi ialah 120/80 dan pada tahap itu …
  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *