Diet tapi tak kurus
Pertemuan dengan Datin Y membuka mata saya bahawa ramai di kalangan kaum wanita mencuba pelbagai cara dan usaha untuk kurus namun seringkali menemui jalan buntu.
Datin Y adalah satu contoh insan yang tabah melalui pelbagai rawatan dan pengubatan dengan harapan untuk kurus.
Dia menunjukkan parut di perut hasil dari pembedahan dan prosedur sedut lemak yang lalu. Ada juga kesan parut lebar semasa pembedahan gastric by pass. Meskipun pembedahan itu berisiko tinggi beliau sanggup melaluinya.
“Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?” keluhnya. Semasa Datin Y berusia 20-an beliau merupakan seorang wanita yang ayu dengan berat badan ideal. Selepas dikurniakan anak ketiga beliau mula sukar menurunkan berat badan. Pada mulanya Datin Y menganggap ia disebabkan oleh sikapnya yang gemar makan. Dia pun mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.
Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.
1) Hati
Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.
2) Otak
Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.
Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.
3) Otot
Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.
4) Adipose tisu
Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.
Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.
Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.
Di Marissa Esthetik kami menggunakan pendekatan memberi kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.
Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.
Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.