5 Makanan untuk Muda dan Cantik
Kecantikkan merupakan satu topik yang subjektif untuk diperkatakan. Ikuti tip ini untuk tampil muda dan cantik dengan selamat hanya dengan pemakanan di dapur anda.
Ubi Keledek
Beta-karotena yang menjadikan ubi ini berwarna oren dapat mengimbangkan pH kulit anda, ia juga dapat membantu melawan kekeringan pada kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Ini semua dapat menjadikan kulit menjadi licin dan segar.
Ikan Salmon
Pigmen yang menjadikan daging ikan ini berwarna merah jambu iaitu astaxanthin, dapat melawan radikel bebas yang dihasilkan oleh tubuh yang merosakkan membran sel dan DNA yang menyebabkan kulit menjadi tua. Satu kajian mendapati bahawa makan satu hidangan setiap lima hari boleh mencegah berlakunya ketuat yang kasar pada kulit dan juga dapat mencegah berlakunya kanser.
Tomato
Pigmen merah buah ini, lycopene, adalah antioksidan yang kuat yang menjadi perisai daripada kerosakan kulit disebabkan oleh matahari daripada luar dan dalam. Untuk menyerap lycopene yang terbaik, makan tomato dengan minyak zaitun.
Buah-buahan Citrus
Vitamin C adalah penting untuk kolagen iaitu satu komponen penting dalam kulit untuk kelihatan muda. Kemerosotan kolagen mula berlaku disekitar umur 20-an. Citrus juga mengandungi bioflavonoids, yang melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencegah kepada kematian sel.
Sayuran Hijau
Bayam dan sayur-sayuran lain mengandungi lutein, yang melindungi kulit dari keradangan yang disebabkan oleh matahari dan kedutan.