Petua Rawat Batuk Selesema
Masalah selesema sememangnya perkara normal dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Dianggarkan dalam setahun mereka berisiko dijangkiti selesema sebanyak lapan hingga 12 kali.
Selain mendapatkan rawatan moden ubat-ubatan yang diberikan doktor, tidak salah anda cuba petua tradisional yang dapat membantu mengurangkan masalah selesema si kecil.
Minyak bawang putih
Panggang bawang putih dengan kulit sehingga masak atau kulitnya berwarna kehitaman. Kemudian lenyekkan pada minyak masak. Sapu di dada anak ketika batuk dan selesema.
Stoking bawang putih (Garlic socks)
Letak bawang putih pada stoking anak. Pakaikan anak stoking berlubang besar seperti jenis berkait atau yang berlubang-lubang. Kemudian ambil sehelai lagi stoking dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tetapi tidak perlu lumat.
Untuk bayi ambil separuh bawang putih sahaja kerana ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna dua helai stoking berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.
Untuk anak yang lebih besar, boleh guna sehelai stoking sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai anti virus .
Bawang merah
Potong bawang merah kepada dua bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama tiga hari berturut-turut. Bawang akan menyerap semua virus-virus di udara. Jangan guna bawang yang sudah terdedah tersebut dalam sebarang masakan.