6 Cara Mengatasi Rambut Gugur
1) Elakkan Stress
Stress berkaitan dengan hormon. Bagi wanita, hormon mereka sangat berkaita rapat dalam merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain daripada estrogen, setiap wanita turut menghasilkan sedikit hormon androgen.
Sekiranya wanita mengalami stress, hormon androgen akan terhasil secara aktif. Keadaan inilah boleh menjadi punca keguguran rambut.
2) Awasi Pemilihan Rawatan Rambut
Rambut gugur juga boleh disebabkan kerana rawatan rambut. Sekiranya kita kerap melakukan rawatan rambut seperti melurus, mengkerinting, mewarna, kelemumur atau rawatan rambut tradisonal sekalipun, jika tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan keguguran rambut.
3) Elakkan Produk Bahan Kimia
Seelok-eloknya elakkan penggunaan produk rambut termasuk shampoo dan perapi yang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia yang meresap pada akar rambut dan kulit kepala boleh menyebabkan kerosakan pada rambut, rambut kering dan rapuh serta akar rambut yang lemah. Maka rambut mudah gugur.
4) Elakkan Penggunaan Rambut Palsu
Rambut palsu akan menyebabkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh merosakkan folikel rambut.
5) Ambil Makanan Seimbang
Untuk kesihatan rambut, pastikan mengambil makanan yang kaya dengan sumber Protein seperti susu, telur, ayam, yogurt, ikan, tempe dan tauhu dan juga Zat Besi seperti bayam, sayuran hijau, ikan, daging, kekacang, brokoli, lobak dan buah-buahan kering.
6) Mengambil Vitamin Tambahan
Kita tidak dapat menjamin yang makanan harian yang diambil dapat menampung keperluan bagi kesihatan tubuh sekaligus untuk kesihatan dan kekuatan rambut.
Di antara vitamin yang diperlukan untuk rambut kekal sihat ialah Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin A dan Vitamin E.