5 Tips Mengawal Psoriasis
Bagi pesakit psoriasis, penderitaan dan kesengsaraannya hanya yang mengalami tahu bagaimana sakitnya. Walau psoriasis tidak berjangkit dan tidak berbahaya, namun keadaan kulit yang berkuping-kuping, kegatalan yang tidak dapat ditahan dengan rupa kulit yang hodoh memang memberi kesan kepada pesakit secara fizikal, mental dan sosial.
Bagi pesakit psoriasis, yang mengalamai simptom-simptom kegatalan, berkuping dan bersisik sudah tentu akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Perkara ini sebenarnya menambah kesan buruk kerana ia membuatkan pesakit psoriasis tertekan dan stress yang mana stress juga merupakan salah satu punca psoriasis menjadi lebih teruk.
Untuk mengawal selain merawat psoriasis ada beberapa tips yang boleh anda amalkan.
1) Berusaha mengawal stress, elakkan daripada bersedih dan murung. Cuba cari aktiviti-aktiviti yang membuat anda gembira
2) Elakkan dalam keadaan atau cuaca yang panas terik
3) Mandi menggunakan sabun yang tidak menyebabkan kekeringan pada kulit. Kulit pesakit psoriasis harus sentiasa lembap. Saya menggunakan sabun Shokubutsu. Elak menggunakan sabun Detol.
4) Kawal pemakanan, biasakan makan makanan yang dimasak sendiri kerana kebersihan makanan di luar kite tak tahu macam mana kan. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti ayam, daging, seafood, kecuali anda yang masak dengan membuang bahagian kulit-kulit dan lemak-lemak ayam dan daging.Elakkan belacan yang menyebabkan kegatalan.
5) Boleh amalkan menyapukan bahan yang melembapkan kulit seperti Minyak Kelapa Dara BioVCO atau minyak zaitun tulen.
Psoriasis penyakit kulit bersisik
Psoriasis penyakit kulit bersisik JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.
Ekzima dan Psoriasis | Penyakit Ekzima Psoriasis
Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima …
PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit…
PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit yang menjejaskan dua hingga tiga peratus populasi manusia di seluruh dunia. Separuh daripada dua pertiga…
3 TIP mudah jika anda ada PSORIASIS
3 TIP mudah jika anda ada PSORIASIS Berikut beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan jika anda mendapat masalah alergi pada kulit. 1. Banyak…