Ramai tak tahu hidap darah tinggi

Masih ramai dalam kalangan rakyat di negara ini tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi kerana penyakit itu tidak mempunyai gejala khusus menyebabkan mereka sering mengabaikan rawatan.

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia Prof Datin Dr Chia Yook Chin berkata, sekiranya pesakit mula menyedari berlaku gejala tertentu memberi petanda sudah terlambat kerana penyakit berkenaan sudah merosakkan sebahagian fungsi badan mereka. “Sebab itu, adalah lebih baik penyakit tekanan darah tinggi disekat di peringkat permulaan daripada membiarkannya menjadi bertambah teruk dan membawa kepada komplikasi lain.

“Bagaimanapun, jika pesakit sudah didiagnos menghidap penyakit berkenaan, terapi paling efektif mampu mengawal penyakit itu hanya jika pesakit berkenaan bersungguh-sungguh mengambil ubat yang disaran, mematuhi arahan rawatan dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya pada Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-11 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) 2014 di sini, semalam.

Dalam pada itu, menerusi Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 oleh Kementerian Kesihatan, 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi berbanding 20.7 peratus pada 1996 dan 32.2 peratus pada 2006.

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa daripada jumlah berkenaan, 19.8 peratus tidak mendapatkan diagnosis.

Tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai keadaan apabila tekanan darah dalam arteri atau salur darah meningkat secara kronik. Tekanan darah seseorang yang kurang dari 120/70 mmHg didefinisikan sebagai normal.

Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas dan ia diukur pada kedua-dua lengan sebanyak tiga kali dalam jangka masa beberapa minggu. Jika bacaan masih sama, maka seseorang itu menghidap darah tinggi.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya berlaku dalam beberapa keadaan antaranya jantung berdegup atau mengepam lebih kuat bagi mengalirkan lebih banyak darah pada setiap kali degupan.

Sumber : Harian Metro Online
hmetro.com.my

Baca Info berkaitan :

  • Darah tinggi Membunuh secara senyap – BioVCO.com

    www.biovco.com/ik.php?no=102&tjk=darah_tinggi_membunuh…

    TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi …

  • Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi – BioVCO.com

    www.biovco.com/iko.php?no=39&tjk=elak-t-darahtinggi.php

    Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi APABILA jantung anda mengepam darahmenerusi pembuluh nadi maka dengan irama denyutan biasa yang kita dapat …

  • Darah Tinggi – Sekali ubat diambil, ia adalah … – BioVCO

    www.biovco.com/ik.php?no=272&tjk=darah_tinggi_sekali…ia…

    Hasil kajian mengenai darah tinggi yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu menunjukkan 30 peratus dari rakyat Malaysia berusia melebihi 30 tahun adalah …

  • Kawal tekanan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=48&tjk=kawal_tekanan_darah_tinggi

    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.

  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=225&tjk=tekanan_darah_tinggi

    Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

  • Tekanan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=31&tjk=tekanan-darahtinggi.php

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak …

  • Darah tinggi, kencing manis potensi strok

    www.biovco.com/ik.php?no=68&tjk=darah_tinggi_kencing…php

    Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, …

  • Hipertensi : Kurang makan garam | Darah Tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=241&tjk=hipertensi_kurang_makan…

    Kalau gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *