Penyakit kulit kronik

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Dia berusaha menghilangkannya dengan pelbagai jenis syampu dan minyak, namun semua itu tidak berhasil. Adakalanya apabila anak terasa gatal, dia mula menggaru sehingga kulit kepalanya terluka dan berdarah.

Malah, rambut anaknya yang berusia tujuh bulan itu juga tumbuh agak jarang dan sangat halus. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang menghadapi masalah sama seperti dirinya dan hanya menganggapnya ruam akibat masalah peluh.

Namun bagi mendapatkan kepastian mengenai kebenarannya, seeloknya bawa anak berjumpa pakar bagi mengatasi masalah berkenaan agar tidak melarat hingga ke seluruh tubuh.

Pakar perunding penyakit kulit, Dr Mohd Noh Idris berkata, masalah kulit kepala berkeruping dan kelihatan kemerah-merahan dipanggil seborrheic ekzema.

“Ia sejenis penyakit kulit yang kronik bukan hanya berlaku pada kulit kepala, malah boleh terjadi di belakang telinga, tepi hidung, kening, misai, janggut, ketiak dan bawah payudara.

“Jika berlaku di kepala ia dipanggil kelemumur yang menyebabkan rasa gatal dan kadangkala berair. Masalah ini boleh terjadi kepada bayi berusia sebulan ke bawah.

“Malah, ia boleh berlaku secara berulang sehingga ke usia 40 hingga 50 tahun. Bukan hanya bayi, orang dewasa boleh menghadapi masalah sama jika mereka mempunyai keturunan penghidap penyakit ini,” katanya.

Namun penyakit kulit ini tidak berbahaya dan hanya berlaku dalam kalangan tiga hingga lima peratus daripada populasi masyarakat di negara ini.

Punca seborrhea ekzema

Faktor genetik memainkan peranan penting kepada risiko mendapat masalah penyakit kulit ini. Jika ada keturunan keluarga yang menghidap masalah ini, tidak mustahil anaknya juga berisiko tinggi menghidapinya.

“Selain faktor genetik, ada sesetengah pesakit mendapat masalah ini berpunca daripada kuman kulat yang dipanggil pityrosporum ovale. Namun, tidak semua bayi menghadapi masalah ini disebabkan kuman kulat berkenaan.

“Peningkatan sensitiviti kepada kulat berkenaan iaitu organisma yang hidup pada kulit dipercayai memainkan peranan dalam masalah ini.

“Jika berkaitan orang dewasa, kebanyakan pesakit daripada golongan lelaki berbanding wanita. Ia dikaitkan dengan tekanan atau imun sistem yang rendah terutama bagi pesakit HIV yang menyebabkan kuman kulat itu menjadi lebih agresif,” katanya.

Tambahnya, ini tidak bermakna pesakit seborrheic ekzema mempunyai HIV. Pesakit HIV boleh mendapat seborrheic ekzema yang agak teruk.

Lazimnya, semua manusia mempunyai kuman kulat ini, namun ia bergantung sama ada ia agresif ataupun tidak. Jika ia agresif, masalah penyakit kronik ini boleh terjadi.

Ramai orang sering mengaitkan faktor makanan yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah penyakit kulit. Bagi seborrheic ekzema, makanan tidak memainkan peranan penting.

“Kita selalu silap apabila menyalahkan amalan makanan sehingga menyebabkan penyakit kronik sedangkan ia disebabkan faktor genetik, kuman kulat dan tekanan.

“Ibu bapa perlu tahu, masalah penyakit kulit ini tidak berjangkit dan ia boleh sembuh jika mendapat rawatan daripada pakar kulit berbanding menyelesaikannya sendiri.

“Malah, penyakit ini sama sekali berlainan daripada masalah atopik ekzema. Kira-kira 40 peratus masalah atopik ekzema berpunca daripada alahan pada susu lembu dan telur putih. Atopik ekzema tidak membabitkan kelengkang manakala seborheic ekzema boleh terkena bahagian itu,” katanya.

Tambahnya, penyakit kulit yang kronik itu juga boleh disebabkan masalah alam 
sekitar seperti pencemaran. Lazimnya, masalah berkenaan akan bertambah teruk ketika menghadapi musim sejuk kerana kulit akan mengalami kekeringan akibat dehidrasi.

Sumber : Harian Metro Online

Baca lain-lain Info

  • Masalah Jerawat

  • www.biovco.com/ik.php?no=153&tjk=masalahjerawat

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk …

  • Ekzima dan Psoriasis | Penyakit Ekzima Psoriasis

  • www.biovco.com/ik.php?no=22&tjk=ekzima_dan_psoriasis.php

    Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima …

  • Kenali masalah kulit bayi anda

  • www.biovco.com/mkd/kenali-masalahkulit-bayi-anda.php

    Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti beberapa masalah kulit yang ….

  • Psoriasis penyakit kulit bersisik

  • www.biovco.com/iko.php?no=85&tjk=psoriasis-penyakit-kulit

    JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.

  • Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia

  • www.biovco.com/kdgn/jerawat-07yt.html

    Bagi sesetengah wanita, ton warna sekata dan kulit bersinar adalah lebih penting … Shah Alam, Dr. Noraziah Abdul Kadir Jailani menjelaskan, masalah jerawat …

  • Jerawat tips rawatan dan jagaan muka | Jerawat

  • www.biovco.com/mkd/jerawat-tips-rawatan-dan-jagaan-muka.php

    Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah.



  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *