7 TIP JIKA ANDA NAK ELAK JERAWAT
✔ Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.
✔ Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
✔ Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran.
✔ Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit.
✔ Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.
✔ Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
✔ Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.
Baca maklumat berkaitan JERAWAT
Info yang menarik. Selalunya selain kena rajin cuci muka, ada yang kata jgn makan kacang supaya tak naik jerawat.. alhamdulillah takde kesan pun pada saya… pengalaman anak saya sendiri, banyak minum air putih dan cuci muka secara betul mampu rawat jerawat dia selain makan makanan yang berkhasiat…