Pencegahan osteoporosis
Osteoporosis ialah keadaan kekurangan khasiat dikenali ‘tulang rapuh’. Keadaan ini berlaku, terutamanya pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang menjadi nipis, lemah dan mudah retak.
Tulang sebenarnya adalah tisu hidup dan selalunya mempunyai tindak balas biokimia di mana ia bergantung kepada nutrien mikro dan sistem enzim yang berbeza-beza. Seperti mana tisu hidup lain, tulang memerlukan pelbagai bekalan khasiat.
Pemakanan moden kini seperti roti putih, gula putih dan lemak yang tinggi adalah tersangat kurang khasiatnya untuk tulang. Pengambilan daging dan air berkarbonat yang banyak pula menyumbang kepada menurunnya penyerapan kalsium oleh badan. Kekurangan pengambilan khasiat yang diperlukan tulang boleh menyumbang kepada osteoporosis.
Sekiranya osteoporosis tidak dicegah atau dibiarkan tanpa rawatan, ia akan berkembang perlahan-lahan tanpa berasa sakit sehinggalah ada tulang yang mengalami keretakan atau patah.
Mustahaknya mengambil suplemen kalsium telah lama diakui dalam penjagaan kesihatan tulang. Meskipun kalsium begitu penting, didapati hanya 25 peratus wanita AS yang menghidap osteoporosis mengalami kekurangan kalsium. Bukti baru ini dengan jelas menunjukkan vitamin D, magnesium, kuprum, zink, boron dan mangan juga penting untuk mewujudkan tulang yang kuat dan sihat.
Semua nutrien ini hendaklah diambil bersama untuk mendapatkan metabolisme tulang yang optimum. Malah, kekurangan hanya satu nutrien tersebut boleh mengakibatkan tulang menjadi lemah dan membawa kepada penyakit osteoporosis. Lelaki dan wanita seharusnya mengambil suplemen kalsium antara 800 hingga 1,500 miligram (mg) sehari bersama dengan makanan untuk penyerapan yang optimum.
Selain kalsium
– Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Paras vitamin D yang rendah adalah perkara biasa bagi wanita terutama yang sudah berusia. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan akan menyebabkan tulang menjadi lembut (osteomalacia). Pakar mengesyorkan pengambilan harian vitamin D antara 400 dan 800 unit antarabangsa (IU).
– Magnesium perlu untuk pemeliharaan dan penggerakan kalsium dalam tulang dan diperlukan untuk penggunaan vitamin D. Kekurangan magnesium sudah menjadi perkara biasa dan merupakan faktor risiko utama bagi osteoporosis. U.S. RDA untuk magnesium ialah 400 mg setiap hari. (U.S. RDA yang disebut di sini ialah untuk orang dewasa, kecuali wanita hamil, ibu-ibu menyusu dan kanak-kanak yang berumur lebih empat tahun).
– Mangan merupakan mineral surih diperlukan untuk menghasilkan tisu-tisu sambungan yang membentuk matriks tulang, tempat pengumpulan mineral berlaku. Pengambilan harian yang disyorkan untuk mangan ialah 2 mg.
– Boron diperlukan untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif; ini menerangkan mengapa kekurangan boron akan menjejaskan metabolisme kalsium dan pembentukan tulang. Boron mengurangkan penyusutan kalsium dari tulang. Walaupun tidak ada RDA rasmi bagi boron, dosej harian yang mengandungi 1.5 hingga 3.0 mg adalah selamat dan mencukupi.
– Zink menyokong pembentukan tulang dengan memperkuatkan tindakan vitamin D. Zink membantu mengekalkan struktur tulang-temulang dan ia juga terbabit dalam pembinaan tulang.
– Kekurangan kuprum mungkin akan menyebabkan pengumpulan tulang yang tidak normal. Kuprum membantu membentuk blok-blok binaan untuk tulang-tulang.
Panduan Membeli Suplemen
Apabila anda mencari suplemen untuk kesihatan sendi dan tulang, pilihlah suplemen ‘Ostepakej’ 3 dalam 1 yang baik dengan menggabungkan Glukosamina dengan Kondroitin bersama Kalsium, serta manfaat-manfaat tambahan daripada Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Zink dan Kuprum.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.