Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat
Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat
Hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu, gagal dikesan kerana gejala tidak ketara, sangat umum
PENYAKIT tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih 200 juta warga dunia. Antara masalah tiroid yang kerap terjadi adalah hipotiroidisme, tetapi kebanyakan pesakit tidak menyedarinya.
Secara lebih jelas, hipotiroidisme merujuk kepada satu daripada masalah gangguan hormon. Ia terjadi apabila kelenjar tiroid gagal menghasilkan hormon tiroid yang cukup untuk memenuhi keperluan tubuh