Rambut gugur berkait masalah hormon

Pernahkah anda dapati segumpal rambut melekat pada sikat selepas rambut disisir? Atau apabila mengurai rambut dengan tangan, banyak yang melekat di celah-celah jari anda dan didapati rambut lebih mudah gugur selepas dicuci?

Jika ya, anda tidak bersendirian. Ramai wanita yang mengalami masalah kurang menyenangkan ini, apatah lagi apabila membayangkan kemungkinan rambut menjadi semakin nipis atau risiko botak.

Terdapat pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur. Kebiasaannya ia normal bagi ibu yang baru melahirkan anak disebabkan perubahan hormon yang berlaku ke atas badan mereka dan memerlukan masa enam bulan ke setahun untuk memulihkannya.

Sebab itu sekiranya anda berkunjung ke salun untuk mendapatkan rawatan rambut, juruterapi akan bertanya terlebih dulu mengenai sejarah atau aktiviti anda dalam tempoh enam bulan sebelum itu.

Ini diakui pendandan rambut dari Jazeerat El Rahah Syameera Mat Sapeine, yang akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pelanggan mengenai perubahan badan yang berlaku sebelum mencari penyelesaian sesuai.

“Masalah rambut gugur paling sinonim dengan ibu bersalin. Untuk itu, si ibu harus menjaga pemakanan dan mendapatkan rawatan bagi memastikan rambut tidak lagi gugur selepas enam atau 10 bulan.

Selepas bersalin biasanya badan mudah berpeluh dan rambu

Selain itu penggunaan bahan kimia berlebihant menjadi kering.

Sekiranya tidak dikawal ia akan memudaratkan keadaan. Ini kerana rambut yang kering akan menyebabkan gugur dengan lebih banyak,” katanya. seperti syampu yang tidak sesuai, kerap mewarnakan rambut dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, akar rambut tidak lagi kuat dan mengundang kepada masalah rambut patah atau keguguran.

“Ramai tidak tahu pemilihan syampu yang betul dengan jenis kulit kepala adalah sangat penting. Ini kerana setiap orang memerlukan syampu berbeza bergantung kepada masalah mereka. Bagi yang menghadapi masalah kelemumur dinasihatkan me­nggunakan syampu khas untuk kelemumur begitu juga dengan rambut kering dan rosak,” katanya yang menggalakkan wanita memakai perapi selepas ber­syampu kerana ia membantu memberi kelembapan kepada rambut. Pastikan perapi dikenakan hanya pada rambut dan bukannya pada kulit kepala.

Sebaiknya elakkan mencuci rambut setiap hari terutama bagi wanita bertudung. Jika masih ingin mencuci rambut sebaiknya keringkan rambut sebelum memakai tudung. Menutup rambut yang masih lembap akan menyebabkan rambut mengalami masalah kering, berkelemumur, berbuah dan berminyak. Untuk mengelak masalah ini cuci rambut pada waktu petang supaya anda ada lebih banyak masa mengeringkannya.

Syameera yang berpengalaman berhadapan masalah rambut menjelaskan, wanita seharusnya mengunjungi salun pada setiap bulan bagi mendapatkan rawatan rambut. Namun ramai tidak mempedulikan mahkota wanita ini kerana beranggapan penjagaannya tidak sepenting wajah atau badan.

“Sebenarnya ini tanggapan yang salah. Pernah dengar pepatah rambut mahkota wanita. Walaupun wanita bertudung dan rambut tidak kelihatan, namun mereka harus memastikan rambut mendapat perhatian sewajarnya sama seperti kulit wajah. Jika perlu berjumpalah dengan pendandan rambut bagi mengetahui masalah rambut dan mencari jalan penyelesaiannya,” katanya.

Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, makan makanan segera atau banyak bahan pengawet turut menjadi punca kepada rambut gugur. Ini kerana pemakanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan hormon menjadi tidak stabil dan pengaliran darah tidak lancar. Aliran darah yang bermasalah ini boleh menyebabkan rambut gugur. Sebaiknya makan banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk menguatkan akar rambut. Minum banyak air bagi mengelak kekeringan.

Selain itu, faktor genetik juga mempunyai hubung kait dengan masalah yang dihadapi. Misalnya jika ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan mengalami masalah yang sama.

“Walaupun faktor genetik tidak mungkin dapat dielak, namun anda masih boleh mengubahnya dengan mengamalkan amalan hidup sihat dan menjaga rambut sebaiknya,” katanya yang ingin mengikis tanggapan wanita mengunjungi salun hanya untuk memotong rambut saja. Penyebab terakhir adalah tabiat wanita yang gemar menarik rambut ketika mengikat rambut boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut. Akar menjadi lemah dan senang tercabut.

Akibatnya, rambut anda mudah gugur.

Selain menjalani rawatan di salun ada petua tradisional yang boleh diamalkan bagi mengelak rambut gugur. Antaranya:

1. Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata pada kulit kepala. Amalkan selama dua minggu.

2. Santan baik untuk menyuburkan rambut. Lumurkan santan pada rambut dan kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Balut rambut dengan tuala selama 30 minit. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkan selama dua bulan.

3. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh bersih dan kisar hingga hancur. Lumur ramuan ini pada rambut (pastikan kena kulit kepala) selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat.

4. Setiap kali makan tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok ke kulit kepala anda. Biarkan kelembapan dari kulit tembikai meresap ke kulit kepala dan biarkan selama 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah bilas rambut anda. Amalkan petua ini seminggu sekali.

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

https://blog.biovco.com/category/kekurangan-nutrisi-punca-rambut-gugur/
Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini 

Atasi Masalah Rambut Gugur

https://www.biovco.com/atasi_masalah_rambut_gugur.php
Senario keguguran rambut bukan lagi satu berita yang mengejutkan kerana hampir semua orang mengalaminya. Cuma perhatian yang lebih perlu diberikan …

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

biovco.blogspot.com/2018/11/kekurangan-nutrisi-punca-rambut-gugur.html
12 Nov 2018 – Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut. RAMBUT adalah mahkota wanita.

Diet Penentu Rambut Sihat

https://infokesihatan2u.wordpress.com/2018/11/12/diet-penentu-rambut-sihat/
12 Nov 2018 – RAMBUT yang cantik dan sihat tidak hanya pada fizikal. Sebagai aksesori fesyen, kesihatan rambut sepatutnya bermula dari pangkal akar.
 

8 Punca Masalah Keguguran Rambut

https://infokesihatan2u.wordpress.com/2019/03/22/8-punca-masalah-keguguran-rambut/
22 Mar 2019 – Boleh dikatakan majoriti lelaki akan takut dengan masalah keguguran rambut ini. Kewujudan ‘pulau’ di kepala pasti mendatangkan rasa tidak senang dalam diri dan juga boleh menyebabkan hilang keyakinan diri.

One thought on “Rambut gugur berkait masalah hormon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *