Gangguan kelenjar punca tiroid

Gangguan kelenjar punca tiroidKEBANYAKAN orang sentiasa menyalahkan aktiviti pengambilan makanan tinggi kalori seperti nasi lemak, burger dan makanan berminyak sebagai punca penyakit jantung dan kegemukan terlampau.

Mereka beranggapan tekanan di tempat kerja, keletihan terlampau, kurang tidur, pemikiran negatif dan perhubungan komunikasi serta kegagalan dalam perhubungan sosial sebagai punca kemurungan.

Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ramai tidak menyedari mereka sebenarnya sakit dan mengalami masalah gangguan kelenjar tiroid tidak aktif, hipotirodisme.

Katanya, ini berikutan gejala sering dialami pesakit hipotiroidisme hampir sama dengan gejala penyakit lain seperti kegemukan, kemurungan, keresahan terlampau, menggeletar dan sakit sendi.

“Biasanya orang menganggap gejala tiroid sebagai kesan daripada tekanan, gaya hidup tidak sihat atau penuaan.

“Wanita misalnya, beranggapan masalah dihadapi disebabkan perubahan hormon dan emosi. Bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita biasanya lebih mudah mendapat serangan hipotiroidsme dengan satu daripada lapan wanita berisiko menghidap masalah kelenjar tiroid tidak aktif itu,” katanya.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih 300 juta orang di seluruh dunia mempunyai masalah gangguan tiroid dan tidak mendapatkan rawatan berikutan menganggapnya sebagai masalah biasa.

Sementara itu, laporan dikeluarkan Pertubuhan Klinikal Endokrinologi Amerika (The American Association of Clinical Endocrinologists) menunjukkan kira-kira 15 juta penduduk Amerika tidak didiagnos daripada penyakit itu.

Pakar perubatan mengaku mereka gagal mengesan penyakit pada peringkat awal berikutan pesakit sendiri tidak menjalankan pemeriksaan lanjut ketika mendapat simptom penyakit.

Pesakit hipotiroidisme di negara kita turut mengalami nasib yang sama, namun masyarakat masih belum sedar dan kurang mengambil berat usaha menjalani pemeriksaan lanjut untuk mencegahnya daripada awal.

Kajian MEMS terhadap pesakit di Hospital Bahagia Ulu Kinta (Tanjung Rambutan) misalnya, turut mendapati lapan peratus daripada pesakit jiwa mempunyai masalah kelenjar tiroid.

Selain itu, Dr Nor Azmi berkata, penyakit berkenaan kerap menyerap individu berusia lebih 50 tahun dengan kekerapan dua kali ganda dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit sama perlu berhati-hati dan membuat pemeriksaan atau ujian darah lebih awal bagi mengesan masalah yang dihadapi dengan segera.

Katanya, pesakit berisiko mengalami komplikasi apabila kelenjar tiroid tidak aktif berikutan hormon tiroid dihasilkan terlalu sedikit dan tidak mencukupi.

Selain itu, pesakit terdedah kepada risiko penyakit lain seperti jantung, sembelit dan kanser usus.

Gangguan lain, termasuk kanser tiroid dan tekanan darah tinggi serta gangguan ke atas kelenjar hipothalamus atau kelenjar pituitari bagaimanapun kes ini jarang berlaku.

“Bagi ibu mengandung yang alami gangguan tiroid, mereka berisiko melahirkan anak dengan tahap kecerdasan rendah terutama mereka yang sudah melepasi lima kali tahap sasaran IQ (kecerdasan).

“Anak tadi cenderung menghadapi masalah hilang fokus, gagal menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan perkembangan sosial serta pembelajaran mereka terganggu,” katanya.

Dr Nor Azmi berkata, pesakit boleh menjalani kehidupan normal sekiranya mereka mendapatkan rawatan dalam jangka masa panjang dan bergantung terhadap pengambilan pil atau rawatan yang ditentukan doktor.

Pesakit tidak perlu melakukan pembedahan kecuali untuk kes tertentu dan berisiko menyebabkan penyakit lain seperti kanser.

Sehubungan itu, Dr Nor Azmi menyarankan orang ramai supaya melakukan ujian pemeriksaan tiroid dan ujian darah dengan segera di mana-mana lokasi klinik, hospital kerajaan atau swasta.

Penyakit Masalah Tiroid

Penyakit tiroid atau masalah tiroid kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit tiroid juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Awas Jika Anda Ada Gangguan Hormon Tiroid

Kira-kira 300 juta orang penduduk dunia mengalami penyakit tiroid kerana kurangnya pengambilan iodin menyebabkan berlakunya gangguan …


Bengkak Kelenjar Tiroid

13 Nov 2018 – TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *