Bahaya toksin dalam badan

Kebanyakan rakyat di negara ini sejak dahulu lagi, lebih memberikan penekanan kepada kecantikan dan kesihatan luaran berbanding dalaman.

Sebenarnya tanpa kita sedari, untuk kelihatan cantik dan sihat, ia perlu bermula daripada dalam yang seterusnya akan membentuk kecantikan luaran.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli set penjagaan kulit, namun tidak ramai yang terfikir untuk membuang toksin dalam badan.

Jelasnya, toksin merupakan bakteria yang terkumpul di dalam organ badan manusia seperti otak, jantung, hati, pituitari, pankreas dan organ pembiakan.

Kesan pengumpulan toksin ini tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek kerana ia memerlukan masa untuk membiak dan bertukar menjadi penyakit. Justeru, kebanyakan masyarakat jarang memandang serius hal ini.

Pencegahan daripada peringkat awal perlu dilakukan sebelum toksin bertukar menjadi bakteria jahat lalu menyerang bakteria-bakteria baik sehingga membuatkan sistem imun badan menjadi lemah.

Toksin lazimnya terkumpul di dalam badan seseorang disebabkan beberapa faktor seperti sisa makanan tidak dicerna sepenuhnya, merokok, terdedah kepada pencemaran udara dan mengamalkan cara pemakanan tidak sihat.

Cara pemakanan yang tidak sihat merujuk kepada mereka yang gemarkan makanan segera, kerap makan makanan yang dipanaskan melalui ketuhar dan jarang menjamah buah-buahan serta ulam-ulaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *