Ekzima dan Psoriasis
Masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Apa yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah kulit tersebut. Berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah yang dialami dan mengeyorkan ubat yang sesuai. Ini penting untuk mengenalpasti masalah kulit yang dialami. Ramai yabg masih bingung perbezaan ekzima dengan psoriasis. Untuk mengetahui perbezaan masalah ini, berikut adalah beberapa maklumat yang perlu anda ketahui.
Istilah ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima bererti ‘mendidih keluar’ dan psoriasis berasal dari ‘psoera’, bererti ‘gatal’. Masalah ekzima dan psoriasis adalah berbeza. Psoriasis sering dialami orang dewasa. Satu kajian menunjukkan bahawa sekitar 3% daripada orang dewasa didapati mengidap psoriasis. Manakala ekzima pula pengidapnya sekitar 20% dari orang dewasa dan kanak-kanak dan 5% dari penduduk dewasa mengalami masalah ini. Kajian ini telah di buat di AS. Kesimpulannya, psoriasis biasanya dialami oleh orang dewasa dan manakala ekzima sering dialami oleh kanak-kanak.
Penyebab psoriasis dan ekzima juga berbeza. Ekzema sering menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia biasanya disebabkan oleh produk-produk yang mempunyai bahan kimia yang kuat termasuk detergen, parfum dan kosmetik. Manakala psoriasis biasanya dikaitkan dengan masalah genetik disebabkan masalah sistem imun dan persekitaran. Baca selanjutnya