Sakit kepala dan migrain

RAMAI menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius.

 
Setakat ini belum ada ubat yang benar-benar mampu mengatasi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan.
 
Bagaimanapun, kombinasi pengubatan, pengendalian stress atau ketegangan serta faktor-faktor penyebab yang lain boleh membantu menyekat, menghapus atau meringankan migrain, kata pakar neurologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Raymond Azman Ali.
 
Beliau berkata, bagaimana migrain berlaku belum difahami sepenuhnya tetapi doktor tahu ia melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Biasanya, perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan dan bila saluran yang menguncup itu mengembang, asakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. Migrain dikesan menerusi dengutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. Deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif.
 
Faktor-faktor pendorong lain termasuk ketegangan, makanan seperti coklat, minuman berkopi, alkohol, tidak cukup tidur atau haid, dalam hal wanita, katanya.
 
Prof. Tan Chong Tin dari Jabatan Neurologi University Hospital berkata, bahawa di Malaysia ramai percaya sakit kepala disebabkan mengambil ”makanan” yang menyebabkan kepanasan badan.
 
Bagaimanapun, kajian mengenai kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan 51.9 peratus dan 55.7 peratus penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan kerana mereka terdedah kepada panas matahari, kata Tan.
 
Kajian juga menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip menghidap migrain.
 
Sebaliknya, lelaki lebih mudah menghidap sakit kepala yang merupakan serangan kuat sesekejap tertumpu sekitaran mata dan ini berlaku beberapa kali dalam sehari selama beberapa bulan.
 
Kajian ke atas masyarakat Orang Asli baru-baru ini _ yang tinggal jauh daripada kehidupan moden _ mendapati migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak wujud di kalangan mereka.
 
Ini disahkan oleh pemerhatian doktor bahawa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan yang terpelajar lebih mudah diserang migrain dan sakit kepala, kata Raymond Azman.
 
Beliau berkata, cara hidup memang ada kaitan dalam hal ini akibat diet yang diambil, kesesakan lalu lintas, kerja dan beberapa bentuk tekanan lain.
 
Simptom amaran sebelum berlakunya migrain bersifat tidak menentu, seperti menguap atau keletihan, walaupun sesetengah orang mengalami pemandangan yang berbayang, kata beliau.
 
Bayangan ini boleh mencetuskan ilusi pancaran cahaya, kelumpuhan, sakit kepala dan imej visual yang tidak sempurna.
 
Migrain boleh menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian reda.
 
Bila pesakit menemui doktor kerana sakit kepala, pengesanan otak dilakukan dan sinar x dibuat bagi menentukan ia bukannya akibat ketumbuhan atau darah beku sebelum melihat faktor lain.
 
Doktor mungkin mencadangkan supaya pesakit menyimpan ”diari migrain” yang tercatat makanan yang diambil dan faktor ketegangan bagi mengesani penyebab migrain. Migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak boleh diubati sepenuhnya tetapi boleh disekat atau dikurangkan menerusi pengubatan, termasuk bahan ”beta blocker”, dan pengelakan faktor penyebab, kata Raymond Azman.
 

Beliau menasihatkan mereka yang mengalami sakit kepala agar tidak memandang remeh, sebaliknya segera menemui doktor untuk didiagnosa.

PERCUMA !!!
 
Info-info TERKINI berkaitan kesihatan
 
 
 

Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain

Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit 
yang menghidapisakit kepala mengalami sama ada migrain atau 
tension headache. Migrain …

Migrain atau Sakit Kepala

Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak 
dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. 
Stress boleh …

Wanita mudah kena sakit kepala

Semua orang pernah sakit kepala dan kajian mendapati masalah ini
 lebih kerap … “Simptom migrain berbeza dengan sakit kepala yang 
disebabkan tekanan.

Kenali sakit kepala anda

Keadaan-keadaan tersebut merupakan sebahagian deskripsi sakit kepala 
walaupun berbeza jenisnya – dengan migrain dan ketegangan adalah yang 
paling …

Diet berkhasiat kurangkan Migrain | Migrain boleh dielak

Selain menunjukkan simptom seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa … pengambilan air boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *