9 Tips Turunkan Kolestrol Cepat dan Mudah

1. Buat Target

Ya, sekarang anda sudah tahu yang kolestrol mesti diturunkan. Tapi macam mana nak buat target? Target bergantung kepada beberapa faktor. Seperti tahap kesihatan diri. Ada ke sakit jantung, diabetis, darah tinggi dan lain-lain.

Lebih banyak penyakit bermakna tahap kesihatan anda lebih berisiko. Dan lebih banyak kolestrol yang perlu dinyahkan. Anda mesti target LDL kurang dari 70. Jika risiko anda moderate, target LDL adalah kurang dari 130. Dan jika anda sememangnya sihat, LDL kurang dari 160 adalah yang terbaik.

2. Aktif Bergerak

Tak semestinya perlu pergi ke padang atau track untuk menjadi aktif. Di rumah, di pejabat, anda juga masih boleh

Kalau anda di pejabat, pastikan setiap satu jam anda bangun dan berjalan. Tak perlu lama. Hanya lima minit. Aktiviti fizikal secara regular mampu meningkatkan 10% HDL (kolestrol baik) dan kolestrol jahat LDL juga menurun.

3. Elak Lemak Tepu

Antara penyumbang terbesar lemak tepu ini adalah makanan segera. Jadi elakkan makan sosej, nuget, atau burger yang dijual di pasar raya. Tapi kalau buat sendiri tak apa. Sebab anda tahu kandungan lemak di dalamnya.

Sebolehnya banyakkan makan ikan atau daging putih (dada ayam) untuk gantikan daging.

4. Makan Banyak Fiber

Yang ini takde sekatan. Makanlah banyak mana yang anda suka. Sayur hijau dan buah-buahan mengandungi tinggi fiber. Dan oat juga sangat baik untuk turunkan paras kolestrol.

ubat kolestrol, ubat kolestrol dalam darah, ubat kolestrol tinggi, ubat statin, keburukan statin, menurunkan kolestrol dengan cepat, turunkan kolestrol, petua turunkan kolestrol, makanan turunkan kolestrol makanan yang sedap memang tinggi kolestrol

5. Pilih Ikan

Ubah diet anda. Ya walaupun sukar. Cuba untuk konsisten makan ini. Tapi kena pastikan juga kesegaran ikan itu. Ikan yang segar ada banyak kandungan Omega 3. Omega 3 sangat baik untuk turunkan kolestrol

Tapi duduk kat bandar, ikan segar tu macam agak mustahil. Jadi boleh lengkapkan pengambilan Omega 3 dengan cuba mengambil Omega Guard Shaklee.

6. Teh Hijau

Minuman terbaik untuk gantikan minuman yang manis. Di dalam teh hijau ada kandungan yang boleh turunkan LDL (kolestrol jahat). Kajian di Brazil menunjukkan orang yang mengambil kapsul extract teh hijau, berjaya turunkan paras kolestrol.

7. Makan Kekacang

Kacang seperti almond adalah penyerap kolestrol yang baik. Tapi jaga-jaga kandungan kalorinya tinggi. Jadi hadkan pengambilan.

8. Pilih ‘Spread’ Sihat

Pilih yang ‘vege based’, kerana ia dapat bantu anda rendahkan kolestrol.

9. Jangan Merokok

Rokok umpama racun, bagi yang tinggi kolestrol, rokok hanya akan menurukan lemak baik HDL di dalam badan. Selain itu, rokok juga adalah faktor utama serangan jantung.

  • Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat 

    Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat JIKA anda di antara ribuan rakyat Malaysia yang didiagnosis mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi, anda …
  • Awasi kolesterol dalam darah | Ubat Kolesterol 

    Awasi kolesterol dalam darah Awasi kolesterol Apakah itu kolesterol? Adakah ianya bahaya? Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada manusia?
  • Kolesterol Darah Yang Tinggi 

    Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi.
  • Makanan punca kolesterol tinggi 

    Selain faktor sejarah keluarga, makanan yang anda ambil turut menjadi punca kandungan kolesterol tinggi dalam darah anda.
  • Apa itu kolesterol | Rawatan Kolesterol 

    Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat …

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *