Minum teh membawa padah?

Mengandungi bahan anti-oksida, teh sememangnya membawa pelbagai jenis kebaikan kepada kesihatan badan. Namun, tahukah anda bahawa pengambilan teh yang berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan gigi serta tulang rapuh?

Kajian dari Universiti Glasgow juga mendapati bahawa lelaki yang meminum lebih daripada tujuh cawan teh sehari mengalami 50% risiko kanser prostat berbanding dengan lelaki yang mengambil jumlah teh yang kurang. 


Journal Perubatan Britain yang diterbitkan pada tahun 2009 turut melaporkan bahawa teh yang diminum dalam suhu sepanas 70 darjah celcius boleh menyebabkan kanser esofagus. 


Jadi, bagaimana anda patut mengehadkan jumlah teh yang diambil? Kebanyakan pakar kesihatan mendapati bahawa 100 sehingga 150 uncang yang boleh membuat 12 cawan teh sehari adalah keterlaluan. Seliter teh boleh mengandungi sehingga 9mg flourida, iaitu sejenis bahan yang sekiranya diambil terlalu banyak boleh mengakibatkan fluorosis rangka, tulang rapuh serta kesakitan dan kekejangan ligamen. Mereka yang pada kebiasaannya minum sekurang-kurangnya 3.78 liter teh selama tiga dekad besar kemungkinan akan mengalami masalah sedemikian. 


Demi mengelakkan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan daripada berlaku, anda dinasihatkan untuk minum teh yang tidak terlalu panas. Di samping itu, anda turut digalakkan untuk mengambil teh hitam kerana ianya adalah lebih sihat memandangkan the jenis itu mengandungi sejenis bahan anti-oksida yang dikenali sebagai polifenol. Tambahan pula, terdapat kajian yang mendapati bahawa tiga atau lebih cawan teh hitam sehari boleh mengurangkan masalah jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *